Tuesday, December 21, 2010

aku copy je bleh tak? malas nak taip.. tapi nak spread the word...
ROzy punye blog... (nak link kan pon aku malas bleh? hahah).. good write up beb!



Katakan tidak pada PREMAXX baby bag sling - Surat untuk kawan.

>> TUESDAY, DECEMBER 21, 2010





Salam dan Selamat Sejahtera,
Saya sangat sedih. Sejak akhir-akhir ini Premaxx Baby Bag slingsudah masuk ke dalam pasaran Malaysia dan semakin laris seperti larisnya pisang goreng panas di hari hujan. Kesal kerana saya tahu baby sling seperti ini adalah berisiko jika digunakan. Saya sedar tidak ramai ibu bapa diluar sana tahu tentang aspek keselamatan baby wearing. Sebab itulah, surat ini saya tulis untuk menceritakan bahaya2 yg mungkin boleh terjadi jika baby bag sling ini digunakan terutamanya jika bayi kecil digendong di dalamnya.

Tahukah kawan semua yg beberapa kes telah dilaporkan di Amerika dimana beberapa bayi telah mati ketika digendong di dalam baby bag sling? Sila baca artikel iniBaby deaths raise concerns about Infantino slings. Disebabkan kes ini jugaklah tema minggu babywearing pada tahun ini adalah "Babywearing Safety: Enjoy The Benefits".

Antara bahayanya:
1- Bayi yang diletakkan di dalam bag sling itu mudah tergelungsur dengan hidung akan press pada badan pemakai menyebabkan bayi sukar untuk bernafas.
2- Disebakan bayi berada paras yg rendah, pemakai sukar untuk mengawasi keadaan bayi.
3- Bentuk seperti bag menyebabkan postur bayi dalam keadaan melengkung menyebabkan saluran pernafasan melengkung dan menyebabkan kesukaran pada bayi untuk bernafas.
 Diharapkan kawan2 sekalian dapat luangkan masa membaca pautan yg saya letak dibawah ini:-

di Malaysian babywearer juga ada beberapa pautan yg sangat bagus di baca.
http://malaysianbabywearers.lefora.com/2010/12/21/links-and-resources-on-babywearing-safety/#post1

Oleh yg demikian, saya sangat berharap jika kawan2 mahu membeli sebarang babywearing gear, sila dapatkan nasihat dari orang2 yang betul2 memahami babywearing (tak semestinya penjual, penjual ada yg tidak tahu tentang aspek keselamatan!!).

Sekian dari saya yang kesal dengan jualan Premaxx Baby Bag sling. Harap kawan2 boleh sampaikan pesanan ini kepada rakan2. Kita tidak mahu apa2 yg tidak baik berlaku pada anak-anak kecil di Malaysia. Jika kawan2 dapat tahu yang ada dikalangan rakan2 membeli sebarang jenama baby bag sling, harap dapat nasihati mereka jangan menggunakannya dengan baby kecil.

Yang Benar
Rozy

Ini adalah gambar Premaxx Baby Bag sling.


*wuishh..maaf dgn tatabahasa yg kelam kabut.. ni kira dasat gak ni saya blog ala-ala skema ni..:p

No comments: